Khamis, 10 November 2016


DESTINASI PELANCONGAN DI PERLIS

 PETA PERLIS

SEJARAH NEGERI PERLIS

Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis pernah dipanggil Palit dalam masyarakat Siam ketika Perlis pernah berada dibawah pengaruh Siam dahulu. . Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat.
Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN

NAMA SYARIKAT :Kristal Kirana Travel 7 Tours Sdn. Bhd
ALAMAT: 37, Taman Sena Indah, Persiaran Jubli Emas, Simpang Tiga, Perlis, 01000, Kangar,     Perlis,     01000, Malaysia37, Taman Sena Indah, Persiaran Jubli Emas, Simpang Tiga, Perlis, 01000, Kangar, Perlis, 01000, Malaysia
NO.TEL: 04-977 8042

AGENSI YANG BOLEH DIRUJUK:CYB



TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERLIS


Negeri Perlis, merupakan negeri paling kecil dan terletak pada bahagian paling utara di semenanjung Malaysia. Walaupun kecil, tidak bermakna tiada tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.Lebih kurang macam pepatah, “Kecil-kecil cili padi”



1.MASJID AL-HUSSAIN




Masjid Al-Hussain merupakan masjid terapung yang dibina di tepi pantai Kuala Perlis. Menggunakan konsep Resort tropika moden sebagai tema seni bina yang ingin ditonjolkan pada masjid itu. Konsep itu digunapakai pada laman dan suasana santai persekitarannya. Masjid yang menjadi ikon baru Kuala Perlis ini diilhamkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail dan direalisasikan oleh seorang jutawan bernama Ariffin. Abang kepada Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh kerana itulah selepas siap dibina, masjid itu dinamakan sempena nama abangnya itu. Sejarahnya sahaja sudah menarik perhatian, apatah lagi kalau menjejakkan kaki ke masjid yang indah ini

2.GUA KELAM



Gua Kelam (Cave of Darkness) ialah satu daripada gua batu kapur yang tertua di Malaysia, sepanjang 370 meter berdekatan sebuah pekan kecil yang dipanggil Kaki Bukit. Ia terletak kira-kira 33km di utara Kangar. Taman Rekreasi Gua Kelam terkenal dengan 'laluan di dalam gua' yang mempesonakan di mana anda boleh masuk dari satu hujung gua dan keluar melalui satu hujung di lokasi yang berlainan.
Satu-satunya laluan untuk ke gua ialah melalui jambatan gantung yang diperbuat daripada kayu selebar lapan kaki. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit ke Lembah Wan Tangga, sebuah lembah di hujung bertentangan Gua Kelam. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris mendapati laluan air yang terdapat di dalam gua boleh digunakan untuk memindahkan bijih besi dari lombong yang terletak berdekatan laluan masuk anak sungai melalui gua bawah tanah ke Kaki Bukit.
      Kini, penduduk tempatan dan pelancong memasuki gua melalui laluan yang diperbuat daripada kayu. Laluan imi disinari cahaya lampu. dan di sepanjang perjalanan, anda masih dapat menemui tapak aktiviti perpindahan bijih besi di dalam gua. Semasa anda berjalan di dalam gua, anda akan dapat mendengar bunyi anak sungai bawah tanah, bersama dengan bunyi kelawar dan titisan air daripada stalaktit, yang boleh dikatakan membentuk sebuah konsert semula jadi. Bunyinya agak menyeramkan, ditambah pula dengan misteri bahawa dahulunya gua ini pernah didiami oleh orang Zaman Batu.


3.TAMAN ULAR DAN REPTILIA




Taman Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesies ular yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan Taman Pembiakan dan Penyelidikan Ular terbesar di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada 20 spesis ular dan juga spesies-spesies lain seperti buaya, biawak, kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.


4.TAMAN REKREASI BUKIT AYER


Bukit Ayer terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Bersesuaian dengan kesegaran persekitaran dan kesuburan tumbuhan hijau serta kedinginan air terjun, Bukit Ayer lengkap untuk dijadikan tarikan kepada sesiapa yang sememangnya cintakan alam semulajadi. Ia merupakan tempat yang paling baik untuk pengunjung sekeluarga menjalankan aktiviti perkemahan serta berkelah di sini. Disamping itu juga terdapat kemudahan awam disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berkunjung ke sini.
Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar. Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak kereta. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangar


5.TAMAN NEGERI


Taman Negeri terletak di Sempadan Barat Negeri Perlis di mana Semenanjung Malaysia bercantum dengan Thailand. Ia berkedudukan di atas Banjaran Bukit Batu Kapur yang terpanjang di Malaysia (Banjaran Nakawan). Ia mempunyai lereng bukit yang diselubungi hutan tebal, dinding batu yang curam, anak sungai dan gua yang terpanjang. Taman Negeri terdiri dari hutan simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu.
Tarikan Unggul Taman Negeri
  • Keindahan flora dan fauna
  • Trek Kambing Gurun
  • Air Terjun Lata Kasih
  • Penghijrahan pelbagai spesies burung
  • Pemandangan Panaroma tasik

6.EMPANGAN TIMAH TASOH


Adakah anda seorang pencinta alam? Jika benar, Empangan Timah Tasoh sudah pasti tersenarai dalam daftar minda anda sebagai tempat yang mendamaikan.empangan_timah Empangan bernilai RM77 juta itu yang mula dibina pada 1987 membentuk tasik buatan manusia seluas 13.3 kilometer persegi di kawasan Beseri apabila ia mula beroperasi pada 1992. Ia bertujuan sebagai pusat tadahan air hujan bagi kegunaan penduduk Negeri Perlis. Di empangan ini ia dapat menadah air sebanyak 33.3 juta meter padu



7.TAMAN HERBA


Letaknya hanya beberapa kilometer dari Taman Ular dan juga bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer. Taman Herba ini merangkumi kawasan seluas 12 hektar. Ianya ditubuhkan oleh Pejabat Perhutanan Perlis pada tahun 1998. Ia dibuka kepada orang awam pada tahun 1999. Taman ini kini berfungsi sebagai “muzium etnobotani” dan juga sebagai takungan gen bagi kebanyakan sumber tumbuhan yang boleh didapati di negara ini. Perlis merupakan sebuah negeri yang terletak paling utara di Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negara Thailand di bahagian barat lautnya. Dengan keluasan 81,086 hektar, ia adalah sebuah negeri terkecil di Malaysia dan merupakan sebuah negeri pertanian berdasarkan kepada kawasan pertanian dan jumlah tenaga pekerja dalam bidang ini. Mengalami iklim bermusim yang ketara,di mana ia menerima jumlah hujan yang paling banyak di dalam bulan Oktober dan April hingga Mei, manakala musim keringnya ialah di antara bulan Disember hingga Mac

8.PADANG BESAR


Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan. Begitupun, tarikan pengunjung kesiniImage tentulah kepada kedai–kedai yang menjual barangan tiruan yang berjenama terkenal. Waktu urusan bagi urusan keluar masuk sempadan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam bagi pintu Padang Besar.

9.TASIK MELATI



Tasik Melati terletak 8 km ke utara Kangar di dalam kawasan seluas 10 hektar. Sementara tasik seluas 4.5 hektar ini terletak di kawasan tanah jenis paya / gambut. Terdapat lebih dari 150 buah pulau kecil di sekitarnya yang boleh dilawati dengan menggunakan bot atau sampan.
Tasik Melati juga merupakan satu tasik yang kecil dengan airnya yang cetek dan sangat menarik. Lebih dari 150 buah pulau-pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan ditasik ini. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik, di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirehat.
Tasik Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia adalah sebuah tasik yang kecil tapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk menenangkan fikiran.


10.BANDAR DI RAJA ARAU


Bandar Arau terletak kira-kira 10 kilometer dari Kangar ialah bandar diraja bagi negeri Perlis. Di sini ada istana, makam diraja, masjid negeri dan bangunan awam seperti pejabat pos, bomba dan stesen keretapi. Bandar Arau ini juga dikenali sebagai bandar ilmu kerana di sini ada beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Matrikulasi, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Agama Alwiah Ad Diniah iaitu sebuah sekolah agama yang mula-mula dibina di Perlis. Tarikan utama ke Arau ialah Galeri Diraja Arau menjadi antara tarikan terbaru di Bandar Diraja Arau kerana menempatkan pelbagai barangan koleksi kesayangan Raja Perlis.

11.KUALA PERLIS


Makanan laut sangat terkenal di persisiran pantai kuala Perlis. Makanan laut yang dihidangkan di sini semuanya berkeadaan segar. Pelbagai pilihan makanan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Kebiasaannya makanan laut ini dinikmati pada waktu malam sambil ditiup bayu angin laut.Tidak ketinggalan laksa Kuala Perlis yang sedap dan menyelerakan




Rabu, 9 November 2016

MAKANAN ISTIMEWA DI PERLIS


1. D adna Laksa House


    Bagi peminat laksa,anda bolehlah mecuba laksa beras Kuala Perlis.Terdapat dua jenis kuah iaitu kuah pekat dan kuah cair.Anda juga boleh menempah awal sama ada mahu mebuat kenduri kecil-kecilan ataupun menjamu rakan-rakan anda.Laksa D adna House juga menyediakan cucur udang dan aneka juadah kuih yang lain.Harga untuk 1 kilo laksa ialah sebanyak RM 5.

LOKASI:JALAN SARAWAK,KUALA PERLIS,02000,PERLIS



2. Pak Nan Char kuiw tiew 


    Char kuiw tiew ni memang terkenal di kalangan orang Perlis.Untuk pengetahuan anda semua ,Char kuiw tiew Paka Nan dimasak menggunakan arang iaitu kaedah tradisional yang jarang sangatlah cara ini digunakan.Oklah,admin nasihatkan kepada anda untuk datang pada awal petang sebab orang mula beratur selepas maghrib.Char kuiw tiew memang toplah di Perlis.

LOKASI:BANGUNAN MPK,JALAN JEJAWI,026000,ARAU,PERLIS



3. Anjung Keli


     Bagi yang selalu membawa family makan bersama,anda mesti mencuba makan tengah hari di Restoran Anjung Keli yang bertempat di Bohor Pulai,Kangar,Perlis.Restoran ini pernah masuk dalam program Jalan-Jalan Cari Makan.Terdapat berbagai-bagi jenis juadah seperti ikan keli bakar,beraneka jenis masakan daging ayam,ulam-ulaman dan sebagainya.

LOKASI:MEDAN SERI PULAI,BEHOR PULAI,01000,KANGAR,PERLIS


4. Komalaut Kuala Perlis


    Iaitu Kompleks Makanan Laut, bukan koma di laut ye, merupakan tempat makan makanan laut yang sangat sedap pada harga yang affordable. Kompleks ini terletak di jalan menuju ke Terminal Feri Kuala Perlis. Kalau datang ke sini, disarankan untuk menjamah makanan di Mona Ikan Bakar, sure terangkat!

5.Harumanis


    Harum manis dikenali sebagai Raja MAngga.Hanya di Perlis sahaja anda boleh mendapat buah harum manis.Buah harum manis hanya berbuah setahun sekali iatu antara bulan JUN hingga Julai.Harga dia memang reasonable lah dengan kesedapan buahnya iaitu antara RM24 hingga RM 30 sekilo.Untuk mengelakkan anda tertipu anda bolehlah membeli terus dari Ladang FAMA


AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK 
DI PERLIS

GUA KELAM





Terdapat pelbagai aktiviti dan tarikan yang menarik boleh di dapati oleh para pelawat sepanjang berada di Gua Kelam. Antaranya sebuah Galeri yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri untuk mempamerkan koleksi artifak, kegunaan dan bahan-bahan sejarah yang berkaitan perlombongan bijih timah. 


Selain itu sebuah keretapi mini yang mempunyai 10 buah gerabak dengan kapasiti penumpang 20 orang turut disediakan kepada pengguna. Perjalanan menaiki keretapi ini mengambil masa kira-kira 30 minit untuk satu trip perjalanan dengan jarak sejauh 400 meter.

Kemudahan lain yang turut disediakan adalah seperti laluan interpretasi gua sepanjang 1.5 kilometer meliputi jalan di atas simen, tanah dan laluan anak sungai. Para pelawat juga berpeluang melihat landasan untuk troli-troli bijih yang dibina dari besi dan kayu serta laluan yang disusun menggunakan batu-batuan oleh pelombong-pelombong timah. Malahan pembinaan pintu gerbang oleh tauke-tauke lombong bagi menanda kawasan sempadan konsesi juga turut di dapati di dalam gua ini.

Pelbagai jenis binatang seperti kelawar, ular, labah-labah, aneka serangga dan lain-lain boleh di dapati didalam gua ini. 

Kemudahan asas lain yang disediakan adalah seperti pondok rehat, bangku rehat, tandas, dewan tertutup, kafeteria dan tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 80 orang. 


MUZIUM KOTA KAYANG




Di sini anda dapat belajar dan melihat sendiri perkakas dan artifak sejarah termasuk di era Neolitik, barangan Diraja, peralatan harian bangsawan perlis, barangan arkeologi, replika bunga emas dan sebagainya.


TAMAN ULAR DAN REPTILIA




   Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu – satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular  yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya.
     Terdapat sebuah mini teater khusus untuk pertunjukan permainan ular. Pusat itu mempunyai 10 kakitangan termasuk 3 pakar mengenai ular yang sudah mahir dengan ular dan boleh mengadakan pelbagai pertunjukan termasuklah menjinakkan ular berbisa dan bermain dengan ular.


GUNUNG PERLIS


Gunung Perlis merupakan puncak yang tertinggi di dalam Taman Negeri Perlis dengan ketinggian 732.711 meter dari aras paras laut. Ia juga merupakan titik benua paling utara sebagaimana National Park Tanjung Piai sebagai titik benua paling selatan di Johor.
Buat kaki mendaki semua ini, boleh lah cuba untuk daki Gunung Perlis ye.

WANG KELIAN


Wang Kelian adalah merupakan salah satu tarikan membeli-belah di sempadan negeri ini. Pekan kecil yang terletak sempadan dengan Wang Prachan, Thailand yang sememangnya terkenal dengan gerai-gerai jualan yang dibuka setiap hari. Aktiviti jualan lebih rancak diadakan pada pagi Ahad setiap minggu.
Salah satu tarikan di Pekan Wang Kelian ialah Nat Wang Kelian. Ia diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Lazimnya, kemeriahan dan kemunculan lebih banyak gerai dapat dilihat pada pagi hari Sabtu dan berlanjutan hingga ke hari Ahad. Namun pasar ini juga telah dibuka setiap hari

HUTAN LIPUR BUKIT KUBU



Dengan ketinggian Hutan Lipur Bukit kubu, pengujung dapat melihat seluruh Pekan Kuala Perlis sehingga kelaut dan Pulau Langkawi. Disamping itu, pengujung dapat melihat pelbagai flora dan founayang saling mengimbagi ekosistem alam. Ditengah-tengah Hutan Lipur Bukit kubu terdapt sebuah tasik yang dinamakan sebagai Tasek Putri Kayang yang bekeluasan 2 hektar. Hutan Lipur Bukit kubu sangat sesuai bagi pungunjung yang suka akan aktiviti riadah seperti bersenam, berjogging, meneroka gua-gua semulajadi  dan juga medaki gunungTerdapat pelbagai kemudahan telah pun disediakan untuk pengujung seperti tandas, taman permainan kanak-kanak, trek jogging, trek reflexsology, laluan hutan, pondok istirehat, tempat melihat permandangan dan tempat meletak kereta. Segala kemudahan-kemudahan tersebut dijaga oleh kerajaan bagi mengelakan aktiviti-aktiviti vandalisma. Ini menunjukan bahawa Kerajaan Negeri Perlis amat memandang serius terhadap mereka-mereka yang melakukan aktiviti yang tidak bertanggungjawab Hutan Lipur Bukit kubu terletak didalam kawasan Kuala Perlis dan jaraknya hanya 1 kilometer dari Pekan Kuala Perlis. Bagi pelancong yang hendak berkunjumg ke Pulau Langkawi, bolehlah singgah sebentar di Hutan Lipur Bukit kubu bagi menikmati keindahan alam kerana jaraknya Cuma 3 kilometer dari Terminal Feri Kuala Perlis-Langkawi. Untuk sampai ke Hutan lipur Bukt Kubu, Pengujung boleh juga mengunakan kenderaan awam yang disediakan. 














   

Tempat penginapan di Negeri Perlis



     Di Kangar :



                                                        Hotel Seri Malaysia
  • Harga: Rm185
  • Alamat: Lot 8101 Mukim Utan Aji, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar



Hotel Sri Garden
  • Harga: Rm118
  • Alamat: Lot 8101 Mukim Utan Aji, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar


Di Kuala Perlis:

D’View Hotel
  • Hotel: Rm80
  • Alamat: No.19 & 21, Jalan Senangin 7, Taman Kuala Perlis