Rabu, 9 November 2016


AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK 
DI PERLIS

GUA KELAM





Terdapat pelbagai aktiviti dan tarikan yang menarik boleh di dapati oleh para pelawat sepanjang berada di Gua Kelam. Antaranya sebuah Galeri yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri untuk mempamerkan koleksi artifak, kegunaan dan bahan-bahan sejarah yang berkaitan perlombongan bijih timah. 


Selain itu sebuah keretapi mini yang mempunyai 10 buah gerabak dengan kapasiti penumpang 20 orang turut disediakan kepada pengguna. Perjalanan menaiki keretapi ini mengambil masa kira-kira 30 minit untuk satu trip perjalanan dengan jarak sejauh 400 meter.

Kemudahan lain yang turut disediakan adalah seperti laluan interpretasi gua sepanjang 1.5 kilometer meliputi jalan di atas simen, tanah dan laluan anak sungai. Para pelawat juga berpeluang melihat landasan untuk troli-troli bijih yang dibina dari besi dan kayu serta laluan yang disusun menggunakan batu-batuan oleh pelombong-pelombong timah. Malahan pembinaan pintu gerbang oleh tauke-tauke lombong bagi menanda kawasan sempadan konsesi juga turut di dapati di dalam gua ini.

Pelbagai jenis binatang seperti kelawar, ular, labah-labah, aneka serangga dan lain-lain boleh di dapati didalam gua ini. 

Kemudahan asas lain yang disediakan adalah seperti pondok rehat, bangku rehat, tandas, dewan tertutup, kafeteria dan tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 80 orang. 


MUZIUM KOTA KAYANG




Di sini anda dapat belajar dan melihat sendiri perkakas dan artifak sejarah termasuk di era Neolitik, barangan Diraja, peralatan harian bangsawan perlis, barangan arkeologi, replika bunga emas dan sebagainya.


TAMAN ULAR DAN REPTILIA




   Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu – satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular  yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya.
     Terdapat sebuah mini teater khusus untuk pertunjukan permainan ular. Pusat itu mempunyai 10 kakitangan termasuk 3 pakar mengenai ular yang sudah mahir dengan ular dan boleh mengadakan pelbagai pertunjukan termasuklah menjinakkan ular berbisa dan bermain dengan ular.


GUNUNG PERLIS


Gunung Perlis merupakan puncak yang tertinggi di dalam Taman Negeri Perlis dengan ketinggian 732.711 meter dari aras paras laut. Ia juga merupakan titik benua paling utara sebagaimana National Park Tanjung Piai sebagai titik benua paling selatan di Johor.
Buat kaki mendaki semua ini, boleh lah cuba untuk daki Gunung Perlis ye.

WANG KELIAN


Wang Kelian adalah merupakan salah satu tarikan membeli-belah di sempadan negeri ini. Pekan kecil yang terletak sempadan dengan Wang Prachan, Thailand yang sememangnya terkenal dengan gerai-gerai jualan yang dibuka setiap hari. Aktiviti jualan lebih rancak diadakan pada pagi Ahad setiap minggu.
Salah satu tarikan di Pekan Wang Kelian ialah Nat Wang Kelian. Ia diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Lazimnya, kemeriahan dan kemunculan lebih banyak gerai dapat dilihat pada pagi hari Sabtu dan berlanjutan hingga ke hari Ahad. Namun pasar ini juga telah dibuka setiap hari

HUTAN LIPUR BUKIT KUBU



Dengan ketinggian Hutan Lipur Bukit kubu, pengujung dapat melihat seluruh Pekan Kuala Perlis sehingga kelaut dan Pulau Langkawi. Disamping itu, pengujung dapat melihat pelbagai flora dan founayang saling mengimbagi ekosistem alam. Ditengah-tengah Hutan Lipur Bukit kubu terdapt sebuah tasik yang dinamakan sebagai Tasek Putri Kayang yang bekeluasan 2 hektar. Hutan Lipur Bukit kubu sangat sesuai bagi pungunjung yang suka akan aktiviti riadah seperti bersenam, berjogging, meneroka gua-gua semulajadi  dan juga medaki gunungTerdapat pelbagai kemudahan telah pun disediakan untuk pengujung seperti tandas, taman permainan kanak-kanak, trek jogging, trek reflexsology, laluan hutan, pondok istirehat, tempat melihat permandangan dan tempat meletak kereta. Segala kemudahan-kemudahan tersebut dijaga oleh kerajaan bagi mengelakan aktiviti-aktiviti vandalisma. Ini menunjukan bahawa Kerajaan Negeri Perlis amat memandang serius terhadap mereka-mereka yang melakukan aktiviti yang tidak bertanggungjawab Hutan Lipur Bukit kubu terletak didalam kawasan Kuala Perlis dan jaraknya hanya 1 kilometer dari Pekan Kuala Perlis. Bagi pelancong yang hendak berkunjumg ke Pulau Langkawi, bolehlah singgah sebentar di Hutan Lipur Bukit kubu bagi menikmati keindahan alam kerana jaraknya Cuma 3 kilometer dari Terminal Feri Kuala Perlis-Langkawi. Untuk sampai ke Hutan lipur Bukt Kubu, Pengujung boleh juga mengunakan kenderaan awam yang disediakan. 














Tiada ulasan:

Catat Ulasan