Khamis, 10 November 2016


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERLIS


Negeri Perlis, merupakan negeri paling kecil dan terletak pada bahagian paling utara di semenanjung Malaysia. Walaupun kecil, tidak bermakna tiada tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.Lebih kurang macam pepatah, “Kecil-kecil cili padi”



1.MASJID AL-HUSSAIN




Masjid Al-Hussain merupakan masjid terapung yang dibina di tepi pantai Kuala Perlis. Menggunakan konsep Resort tropika moden sebagai tema seni bina yang ingin ditonjolkan pada masjid itu. Konsep itu digunapakai pada laman dan suasana santai persekitarannya. Masjid yang menjadi ikon baru Kuala Perlis ini diilhamkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail dan direalisasikan oleh seorang jutawan bernama Ariffin. Abang kepada Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh kerana itulah selepas siap dibina, masjid itu dinamakan sempena nama abangnya itu. Sejarahnya sahaja sudah menarik perhatian, apatah lagi kalau menjejakkan kaki ke masjid yang indah ini

2.GUA KELAM



Gua Kelam (Cave of Darkness) ialah satu daripada gua batu kapur yang tertua di Malaysia, sepanjang 370 meter berdekatan sebuah pekan kecil yang dipanggil Kaki Bukit. Ia terletak kira-kira 33km di utara Kangar. Taman Rekreasi Gua Kelam terkenal dengan 'laluan di dalam gua' yang mempesonakan di mana anda boleh masuk dari satu hujung gua dan keluar melalui satu hujung di lokasi yang berlainan.
Satu-satunya laluan untuk ke gua ialah melalui jambatan gantung yang diperbuat daripada kayu selebar lapan kaki. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit ke Lembah Wan Tangga, sebuah lembah di hujung bertentangan Gua Kelam. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris mendapati laluan air yang terdapat di dalam gua boleh digunakan untuk memindahkan bijih besi dari lombong yang terletak berdekatan laluan masuk anak sungai melalui gua bawah tanah ke Kaki Bukit.
      Kini, penduduk tempatan dan pelancong memasuki gua melalui laluan yang diperbuat daripada kayu. Laluan imi disinari cahaya lampu. dan di sepanjang perjalanan, anda masih dapat menemui tapak aktiviti perpindahan bijih besi di dalam gua. Semasa anda berjalan di dalam gua, anda akan dapat mendengar bunyi anak sungai bawah tanah, bersama dengan bunyi kelawar dan titisan air daripada stalaktit, yang boleh dikatakan membentuk sebuah konsert semula jadi. Bunyinya agak menyeramkan, ditambah pula dengan misteri bahawa dahulunya gua ini pernah didiami oleh orang Zaman Batu.


3.TAMAN ULAR DAN REPTILIA




Taman Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesies ular yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan Taman Pembiakan dan Penyelidikan Ular terbesar di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada 20 spesis ular dan juga spesies-spesies lain seperti buaya, biawak, kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.


4.TAMAN REKREASI BUKIT AYER


Bukit Ayer terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Bersesuaian dengan kesegaran persekitaran dan kesuburan tumbuhan hijau serta kedinginan air terjun, Bukit Ayer lengkap untuk dijadikan tarikan kepada sesiapa yang sememangnya cintakan alam semulajadi. Ia merupakan tempat yang paling baik untuk pengunjung sekeluarga menjalankan aktiviti perkemahan serta berkelah di sini. Disamping itu juga terdapat kemudahan awam disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berkunjung ke sini.
Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar. Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak kereta. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangar


5.TAMAN NEGERI


Taman Negeri terletak di Sempadan Barat Negeri Perlis di mana Semenanjung Malaysia bercantum dengan Thailand. Ia berkedudukan di atas Banjaran Bukit Batu Kapur yang terpanjang di Malaysia (Banjaran Nakawan). Ia mempunyai lereng bukit yang diselubungi hutan tebal, dinding batu yang curam, anak sungai dan gua yang terpanjang. Taman Negeri terdiri dari hutan simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu.
Tarikan Unggul Taman Negeri
  • Keindahan flora dan fauna
  • Trek Kambing Gurun
  • Air Terjun Lata Kasih
  • Penghijrahan pelbagai spesies burung
  • Pemandangan Panaroma tasik

6.EMPANGAN TIMAH TASOH


Adakah anda seorang pencinta alam? Jika benar, Empangan Timah Tasoh sudah pasti tersenarai dalam daftar minda anda sebagai tempat yang mendamaikan.empangan_timah Empangan bernilai RM77 juta itu yang mula dibina pada 1987 membentuk tasik buatan manusia seluas 13.3 kilometer persegi di kawasan Beseri apabila ia mula beroperasi pada 1992. Ia bertujuan sebagai pusat tadahan air hujan bagi kegunaan penduduk Negeri Perlis. Di empangan ini ia dapat menadah air sebanyak 33.3 juta meter padu



7.TAMAN HERBA


Letaknya hanya beberapa kilometer dari Taman Ular dan juga bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer. Taman Herba ini merangkumi kawasan seluas 12 hektar. Ianya ditubuhkan oleh Pejabat Perhutanan Perlis pada tahun 1998. Ia dibuka kepada orang awam pada tahun 1999. Taman ini kini berfungsi sebagai “muzium etnobotani” dan juga sebagai takungan gen bagi kebanyakan sumber tumbuhan yang boleh didapati di negara ini. Perlis merupakan sebuah negeri yang terletak paling utara di Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negara Thailand di bahagian barat lautnya. Dengan keluasan 81,086 hektar, ia adalah sebuah negeri terkecil di Malaysia dan merupakan sebuah negeri pertanian berdasarkan kepada kawasan pertanian dan jumlah tenaga pekerja dalam bidang ini. Mengalami iklim bermusim yang ketara,di mana ia menerima jumlah hujan yang paling banyak di dalam bulan Oktober dan April hingga Mei, manakala musim keringnya ialah di antara bulan Disember hingga Mac

8.PADANG BESAR


Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan. Begitupun, tarikan pengunjung kesiniImage tentulah kepada kedai–kedai yang menjual barangan tiruan yang berjenama terkenal. Waktu urusan bagi urusan keluar masuk sempadan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam bagi pintu Padang Besar.

9.TASIK MELATI



Tasik Melati terletak 8 km ke utara Kangar di dalam kawasan seluas 10 hektar. Sementara tasik seluas 4.5 hektar ini terletak di kawasan tanah jenis paya / gambut. Terdapat lebih dari 150 buah pulau kecil di sekitarnya yang boleh dilawati dengan menggunakan bot atau sampan.
Tasik Melati juga merupakan satu tasik yang kecil dengan airnya yang cetek dan sangat menarik. Lebih dari 150 buah pulau-pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan ditasik ini. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik, di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirehat.
Tasik Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia adalah sebuah tasik yang kecil tapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk menenangkan fikiran.


10.BANDAR DI RAJA ARAU


Bandar Arau terletak kira-kira 10 kilometer dari Kangar ialah bandar diraja bagi negeri Perlis. Di sini ada istana, makam diraja, masjid negeri dan bangunan awam seperti pejabat pos, bomba dan stesen keretapi. Bandar Arau ini juga dikenali sebagai bandar ilmu kerana di sini ada beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Matrikulasi, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Agama Alwiah Ad Diniah iaitu sebuah sekolah agama yang mula-mula dibina di Perlis. Tarikan utama ke Arau ialah Galeri Diraja Arau menjadi antara tarikan terbaru di Bandar Diraja Arau kerana menempatkan pelbagai barangan koleksi kesayangan Raja Perlis.

11.KUALA PERLIS


Makanan laut sangat terkenal di persisiran pantai kuala Perlis. Makanan laut yang dihidangkan di sini semuanya berkeadaan segar. Pelbagai pilihan makanan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Kebiasaannya makanan laut ini dinikmati pada waktu malam sambil ditiup bayu angin laut.Tidak ketinggalan laksa Kuala Perlis yang sedap dan menyelerakan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan